Nak cite skit pasal trip ke bandung aritu. Aku mula dari mlm sebelum aku ke bandung laaa. Lepas jek keje aku terus balik umah amik kete n terus menghala ke Bestari Jaya. Sampai jek kat sana aku jumpa ngan bini aku. Ktorang pg makan kat resource centre. Lepas makan aku start ajar bini aku c++ untuk persediaan dia exam. Aku ingat nak jumpa n ajar dia masa aku balik nanti. Tp takut x sempat plak utk dia paham. Aku nie plak ble ajar org aku jenis x sabar. Aku ske marah2. Aku pun xtau knapa. Aku ni bukan laaa jiwa seorang guru. Hehehe. So ada sedikit kecik ati kot bini aku tu. Tp aku dah pujuk dah. Line clear. Lepas aku tu aku hantar dia kat hostel then borak kejap2. Aku pun bergerak menuju ke rumah Fakhrul. Aku nak pick-up dia ngan padil. Aku sampai umah kul 12 lebey.
Sampai2 jek aku kat rumah, aku terus carik2 barang aku. Aku nak ready kan barang2 utk ke bandung. Tp bini aku pesan dia nak borak2 ngan aku ble aku sampai kat umah. Masa aku sibuk packing barang tu dia call. Aku cam nak packing dulu. Tp dia ajak aku berbual lama. Ktorang selisih faham skit sbb aku nak packing n dia nak berborak. Dia kata aku xde masa utk dia. Sedey gle aku dia ckp camtu. Aku td lepas keje terus jek jumpa dia. Dia kata aku xde masa utk dia. Hmmm. Ntah laaa aku pun x paham. Lepas hang-up aku pun start laaa carik barang n packing. Aku selesai semua kul 2 pagi. Then kul 4 pagi aku dah kene bangun n siap2 nak pg lcct. Alahai kejap jek aku tdo. Kesian kat aku.
Kul 4 aku bgn siap2 n mak bapak aku pun hantar aku kat kl sentral. ktorang sampai kul 5.15 pagi. Terus naik bas aerobus warna kuning. Sehala rm8 kalau return ticket skali rm14 jek. Silap aku beli sehala jek. Aku sampai lcct pukul 6 lebey. Aku byk receive sms dari bini aku. Sibuk nak bergaduh lg ngan aku. Still ada rasa x puas ati sbb aku x ada masa nak berbual panjang ngan dia. Sampai dia mintak putus ngan aku. Aku sedey sgt. Aku cuba pujuk dia. Dia still ngan ego dia. Aku call pun x angkat sampai aku naik flight pun dia x angkat gak. So aku agak moody kat lcct. Ada 2 org mat saleh ni lambat plak sampai. Ktorang terpaksa tunggu dia masuk baru ktorang boleh pg depart. Dah settle semua. Aku, fakhrul n padil pun masuk ke waiting room. Flight mengikut jadual dan kami berlepas pukul 9.54 pagi.
Kami tiba di Bandung jam 11 waktu indonesia. Lepas selesai semua urusan dan keluar dari gate. Aku terus jek on handphone n mula start roaming. Aku terpaksa call aida untuk urusan ke hotel. Kami sepatutnya disambut oleh Aida, En. Kamal n Mawar. Lebih kurang 20 minit mereka pun sampai. Kumpulan ktorang pun naik bas dan menuju ke hotel. Dlm berjalanan nak menaiki bas, ktorang disambut oleh kumpulan jurugambar2 bandung jalanan. Dorang amik gambar n print gambar utk dijual. Perjalanan kami ke hotel agak menarik. Mata semua org pelilau melihat keadaan di bandung. Byk pekara2 yg menarik tentang bandung. Jalan sempit dah sesak. Bunyi hon selalu kedengaran. Motor yg bermacam2 rupa. Terdapat ramai penjual2 jalanan dan juga penghibur jalanan di Bandung.
Setiba kami di Hotel kami di sambut dengan minuman dan terus bersarapan. Setelah dapat bilik. Kami turun semula utk pergi melawat Gunung Berapi Tangkuban Parahu. Perjalanan mengambil masa lebey kurang 2jam. Keadaan hujan dan jalan licin menyukarkan pemanduan bas menuju ke Tangkuban Parahu. Dengan kecekapan pemandu dan juga pembantunya. Kami selamat sampai ke tangkuban parahu. Kami tiba di parking lot bas dan menaiki mini bus utk ke puncak. Ketibaan kami disambut oleh penjual2 jalanan yg x henti2 menawar kami utk membeli brg jualan mereka. Sehingga merasa bosan dan rasa kurang menyenangkan. Tiba di puncak terdapat lebih ramai penjual2 jalanan. Inilah kali pertama aku melihat kawah gunung berapi yg masih lagi aktif. Setelah selesai sesi pengambaran. Kami berjalan2 melihat kedai2 yg byk terdapat di puncak tangkuban parahu. Kedai2 yg menjual buah tangan. Kepandaian menawar harga barang diperlukan secukupnya supaya tidak tertipu dgn tawaran harga yg tinggi utk sesuatu barang.
Setelah sejam di puncak. Kami turun semula ke bus utk meneruskan rancangan seterusnya. Malangnya kami terpaksa menunggu lebih kurang 2jam kerana kami kehilangan 2 org ahli kumpulan kami. Rupa2nya mereka sesat di dlm hutan. 2org mat saleh yg sukakan cabaran. Menyusahkan sungguh. Nasib terdapat coverage utk kami berhubung. Rancangan utk ke Rumah Mode terpaksa dilupakan. Rumah Mode adalah salah satu factory outlet yg terkenal dia Bandung. Kami terus menghala ke sebuah restoran nasi padang yg agak terkenal dia bandung untuk makan malam. Setelah habis kami pulang semula ke hotel. Rancangan seterusnya ialah sambutan hari lahir utk staff2. Setelah selesai kami balik ke bilik masing2 dan aku terus hanyut akibat terlalu penat.
Bersambung....
Wednesday, 21 November 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment