Wednesday 9 December 2015

When there was me and you



When There Was Me And You

It's funny when you find yourself
Looking from the outside
I'm standing here but all I want
Is to be over there

Why did I let myself believe that
Miracles could happen?
'Cause now I have to pretend
That I don't really care

I thought you were my fairy tale
A dream when I'm not sleeping
A wish upon a star
That's coming true

But everybody else could tell
That I confused my feelings with the truth
When there was me and you

I swore I knew the melody
That I heard you singing
And when you smiled
You made me feel

Like I could sing along
But then you went and changed the words
Now my heart is empty
I'm only left with used-to-be's
And once upon a song

Now I know you're not a fairy tale
And dreams were meant for sleeping
And wishes on a star
Just don't come true

'Cause now even I can tell
That I confused my feelings with the truth
'Cause I liked the view
When there was me and you

I can't believe
That I could be so blind
It's like you were floating
While I was falling
And I didn't mind

'Cause I liked the view
I thought you felt it too
When there was me and you

Friday 20 November 2015

Banyak lagi tanggungjawab yang belum dilunaskan....InsyaAllah satu masa



Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?


Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.

i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:
- Menyediakan makanan yang sepatutnya.
- Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
- Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
- Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.

ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.

iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.

Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.


Hak dan Kedudukan Isteri Masa Iddah 

Hi Blog. It's been a while...

Hi Blog. It's been a while... 

Already 3 years x write anything... 

Update. Update.

What's new on me?

Still working at the same workplace. Being shift to 16th floor this year. Merger of two departments. At first I've been put on handling Aerospace, Oil&Gas and Marine development program. Got a chances to do a Job Visit in London. Alhamdulillah rezeki yang x diduga. Was a great experience but x byk tempat x sempat nak visit. Sbb most of the time driving to attend meetings in a different places. 

Now my portfolio, head of automotive, ict, ibs, electrical&electronics and etc development unit. A big responsibilities. Learning new industry. Hope I can do the best for the country.  

Paintball... hmmmm.,, it's been a while since i've played paintball. Marker kene dilesenkan pulak. So gantung je laa dulu. Miss paintballing so much.

Tomica... hahahaha.. have to stop also....

Latest update....

I'm single. Father of two sons. 

That's all for now. 

Take care gais.

Wednesday 23 May 2012

Masa Kegelapan

Assalamualaikum ...

Sekian lama aku x menaip kat blog ni. Pagi ini terbuka sedikit untuk mencuri masa menaip.

Aku mula dengan cerita pasal life aku yang x banyak berubah masa last post aku dulu. Hehehe. Almost 2 years not blogging. Sekarang dah ada anak bujang sorang. Sayang sangat kat anak bujang aku yang penuh dengan kerenah comel dia. Masih menetap dekat melawati dan bekerja dgn Majlis yang penuh Amanah.

Hobi yang sentiasa sempat aku buat ialah Paintball. Currently masih di Division 3. Almost 1 and half years in Division 3. For those yang tak tahu pasal paintball division aku nak sembang sikit. Currently Divisions in Malaysia ada 5 categories - Semi-pro Div, Division 1, Division 2, Division 3 and Division 4. For yang baru nak join tournament dorang akan bertanding dalam Division 4. D4 kat Malaysia hanya dibenarkan untuk menggunakan Marker Mechanical sahaja. Ada penganjur tourney yang benarkan player menggunakan marker mereka sendiri dan ada juga yang x beri. Tapi bagi aku lebih baik benarkan sbb kalau ada masalah teknikal dorang x salahkan penganjur dan player boleh maintain marker dorang sendiri sambil puas dapat tembak marker sendiri. hehehe.

D3 pulak, E-marker boleh digunakan. E-marker x disediakan oleh pihak penganjur. Slalunya bila dah masuk Division 3 kebanyakan team akan start goyang sbb ada team-mate yg x dpt main, kos naik, xde duit nak beli e-marker. So itu antara sbb2 ramai xnak naik division. hehehe. Bagi yang mampu dorang akan terus bermain.

D2 x banyak beza dengan D3 masih sama menggunakan format 5 on 5. Cuma slalunya x byk team D2 dan kos lagi meningkat. Slalu bila promoted setengah team akan terus lompat D1 sbb kos x byk beza, tapi format 7 on 7.

Hahahaha. Byk plak merepek pasal Division ni.

D1 and Semi-pro pulak selalunya anggotanya ramai. Kebanyakannya sponsored sbb kos mmg tinggi.

Kos sekarang lebih meningkat setelah diperkenalkan dengan race-to format. Which is bila kita bertemu team opponent kita akan lawan ngan dorang mengikut race-to format yang diberi, contohnya D3 race to 2. So Satu-satu team tu akan dianggap menang sekiranya dapat 2 kemenangan. If 2-2 game draw, akan diteruskan dengan game ke-3. So kalau prelim ada 6 rounds. bermakna paling sikit game prelim yang akan main adalah 12 game. huhuhu. Beza ngan format lama, 8-10 game sahaja. Semua itu kos. Bayangkan laa dengan Division 2 dan division 1. race-to-3, race-to-4. hehehehe.

Enough said about paintball.

Sekian. akan bersambung lagi. kalau sempat. ahaks.....

Friday 9 July 2010

Bola Cat!

Lately aku rasa tertekan sbb aku x dpt main mana2 tournament sampai hujung tahun sbb teamate aku semua ada commitment lain. Aku nak sgt main tournament terdekat ni. Tp x tercapai kot. Tentuan Illahi. Aku patut redha. hehehe. Sekadar nak luahkan apa dihati.

Monday 28 June 2010

Nak share skit maklumat.

TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.

(Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.

(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja. Tanggungjawab Bersama.

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

Firman Allah:

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Al-Ahzab: 59)

Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

Dalam pepatah Arab ada menyebut:

Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.

(Imam al-Ghazzali)

Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:

O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.

(Imam al-Ghazzali)

PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.

Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.

Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.

Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.


Di ambil daripada www.pengantin.com.my

Tuesday 15 June 2010

Dunia Bola Cat Saya

Salam all,

Tahun 2010 dah sampai di pertengahan, Aku bakal menjadi seorang bapa insyaAllah November 2010. Tinggal x beberapa bulan saja lagi. Persediaan untuk si kecil masih belum ada apa-apa lagi sbb aku sibuk sgt dengan dunia bola cat. Minggu lepas merupakan tournament bola cat aku yang ke-4. Bermulanya kisah bola cat aku dah lama cuma x masuk liga jek kan. Tahun ni ada offer dari abg ipar aku utk join team dia masuk liga My-npl di Melaka Bandaraya Bersejarah tu. Kami berjaya ke pusingan kedua. Usaha bermain bola cat x sampai kat situ ja. Aku masuk ke liga kedua di Cyberjaya (pre-issc) sempena hari belia. Kali ni aku masuk liga dengan budak2 MARA. Kami berjaya masuk ke pusingan kedua tetapi tewas. Sedih lagi. Kemudian mencuba nasib di Kedah sempena Keputeraan Sultan Kedah. Merasa main kat padang stadium sampai malam. Sama jugak dapat tempat ke-9. Hohoho. kecewa lagi. Dan yang terakhir bermain untuk liga MPOC seperti biasa berjaya ke pusingan kedua. Sekali lagi tewas tipis dan kecewa. Sedih nyerrrr dunia bola cat aku ni. Bila aku nak dpt naik podium ni? Harap dapat bermain liga My-npl di Kuantan Pahang. Harap2 kwn2 aku setuju bermain.