Friday 18 September 2009

Bendera!




Apa pendapat korang tentang bendera Malaysia? Cuba renung2kan...

Korang semua bangga x dengan bendera korang? Renung2kan.....

Pendapat aku skang nie. Rata2 rakyat Malaysia x bangga langsung dengan bendera kita. Kibar bendera pun masa bulan merdeka. Kalau xde subsidi bendera hambar jek laa sambutan merdeka. Cuba tgk tahun nie. Mana ada kempen pasang bendera. Sbb nak save cost kata dorang. Aku x setuju langsung laa pasal tu. Sepatutnya sambutan dibuat besar2an. Kene laa bangga dengan kemerdekaan negara sendiri.

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia kita kene bangga dengan bendera. Pelihara, hormat dan segala benda yang patut kte bagi dan lindungi bendera. Bendera itu umpama maruah negara. Bendera tu melambangkan kita negara Malaysia.

Aku sedih bila tengok clip video yang mana bendera kita dibakar sbb salah paham pasal tarian. Tapi apa riaksi orang2 Malaysia? Mcm buat tak tahu jek. Biar kan jek. Korang ingat x kisah masa pilihanraya kat kelantan yang dorang merusuh tu. Rakyat Malaysia sendiri bakar bendera Malaysia. Org mcm nie patut kita buang warga negara jek. Tgk ada x negara lain yg nak terima dorang. Baru padan muka.



Sedih aku. Agak2 dorang nie paham x sebab apa dorang merusuh dan memberontak? Kadang2 ni dorang ni bukan paham pun. saja suke nak merusuh n ikut2 org. Org ajak join. Semua nak join. X pikir anak bini ke? Dorang nie bodoh laaa bagi aku. Cuba laaa pikir impak dia kepada negara. Kepada Ekonomi, keselamatan, benda2 nie semua burukkan nama negara kita jugak.



Ntah laaa apa nak jadi dengan org Malaysia ni. Melayu laa utamanya. Korang sekarang ditindas dipermain2kan. Kenapa laaa korang suka sangat porak perandakan negara sendiri. Bangsa2 lain semua suke jek tgk korang sendiri yang persoal hak korang. Hahaha. Lawak2. Bodoh jd boneka kaum lain.

Hari nie aku emo pasal benda2 nie. Adoi yai. Korang pikir laa sendiri. Korang dah besarkan.

Tuesday 8 September 2009

Plan Raya Yang akan mendatang

haritu aku ada gak risik kat ayah aku. Tanya dia nak raya mana tahun ni. Nampak gaya mcm tahun ni raya kat Melaka. Aku ingat tahun nie raya kat KL mcm biasa. Lepas tuh baru la menuju ke destinasi lain. Dulu masa Arwah atuk aku ada pergi juga laa ke Ipoh. Sbb nak melawat dia. Tp tahun nie dia dah meninggalkan kami plus ada benda yang membuatkan ayah aku x berapa nak suka balik sana lgi. Biasa la bila bab duit nie mcm2 persepi org. Semua ingat nak ambik kesempatan jek. Konon nyer sbb nak sgt jaga Atuk aku time tu sbb nak amik duit org tua tu. Berapa sgt jek laa kalau pk nak amik duit arwah. Kesian tengok keadaan arwah masa sedara-mara aku jaga. X terurus. Time mak aku balik laa baru dorang mcm wayang betul2 nak jaga. Duit pencen arwah abis licin. Arwah nak pakai buat apa jek. Kalau nak pakai untuk perubatan ke ok laa. Ini dorang buat belanja apa ntah. Ishhh. Emo plak aku.
So kesimpulannya tahun nie raya kat Melaka. Baru2 ni balik melaka nak tgk rumah. Mcm biasa laa. Lalang naik skit. Sbb xde sapa duduk. So aritu balik kemas2 skit. Persediaan utk raya kan. Tp maybe aku sampai hari selasa or rabu jek kot kat sana. So dlm raya ke-3 balik kl laa. Raya kat kl plak. Lagi pun ada yg berkerja raya ke-4. So korang. Selamat laaa nanti nak balik kg tu. Hati2. Check semua. takut plak x sampai kg nanti. Belanja ke lain plak. Daaa

Gaji ohhh Gaji

Wahhh. X lama dah raya. Bulan ni gaji masuk awal bg semua penjawat awam. Gaji masuk pada 10/9/2009 sempena Raya Aidilfitri. Lepas tu untuk deepavali pulak 8/10/2009. Perghhhh. Awal gle. Tiba laaa plak saat yg memeritkan. Gaji utk bulan 11 akan dimasukkan pada 25/11/2009. Perghhhhhh. Kira2 mcm 2 bulan jugak laaa. sapa x pandai jimat cermat. Alamat sakit gle laaa time ni. Perghhh. Sakit2. Pandai2 laa korang ehh. Gud Luck Guys. Di kesempatan nie aku nak mohon maaf zahir dan batin. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri bg semua umat Islam. dan bagi yang akan menyambut Deepavali. Happy Deepavali. Selamat bershopping. Ingat tarikh gaji masuk. Nanti karang ada yg ikat perut plak.

Tuesday 1 September 2009

Cerita Burung Punai!

Wahhh. Selamat kembali dari cuti hari merdeka! Aku aritu balik Melaka. Aku gerak asing-asing ngan parents aku. Mesti laa aku bersama tunang terchenta. Sampai hari sabtu lepas berbuka gerak balik melaka. Meluncur laju menghala ke Masjid tanah tapi sebelum tu singgah Tasik Permaisuri amik brg tunang aku ngan akak dia. Sempat jumpa Ujay. Lama x jumpa ujay rindu jugak. Ujay nie dia seorang yang berdikari, pandai susun hidup dia sendiri.
Sampai Masjid Tanah lebih kurang kul 12. Tahap letih gle. Lepas salam-salaman ngan bakal bapa ngan ibu mertua aku terus minta diri. Sebab dah lewat. Sampai umah kat paya rumput indah lebih kurang 1 pg. Amik ko. Hehehe
Pagi bangun sahur nasi goreng cina jek. Lepas tu dalam kul 10 dia call ckp dapat byk burung. Ayah dia letak jaring perangkap burung. Wahhhh. byk gle dorang dapat. Jumlah terkumpul dekat 50 ekor jugak laaa (Sabtu, Ahad dan Isnin). Mcm ada. Burung punai laa paling byk skali. Walaupun burung punai nie haiwan terkawal. Tp ada hunting season dia. So time ni boleh pegi menembak. Dari tembak baik letak jaring. hehehe.
Aritu semua dah siap dorang sediakan tp syg arrr aku berbuka kat hotel sri malaysia. Sedap jugak bebuka kat sri malaysia. Mcm2 ada. Siap ada kambing golek lagi. Best2. Aku ske ble dia btol2 masak. Xde rasa hapak sgt. Daging tetel kat situ sedap sgt. Menu2 lain, ada satay, murtabak, yong to foo yg aku x dpt rasa, rojak buah, nasi dan lauk2. Dan air bandung yg kurang manis. X sedap rasa lemak susu jek. Ahaks. Balk dari berbuka jln2 kat Jusco ngan Peringgit. Byk gle sales, Murah2 semua barang. Kat peringgit plak byk baju melayu n baju kurung. Tp aku rasa mcm x berbaloi beli kat situ. X cantik pun. Dgn harga rm149 gle mahal sehhh. Aku tau harga boleh kurang sampai rm70. Tp bg aku still merepek sbb x lawa.
Isnin lepas sahur aku tdo kejap n dlm kul 9 aku kuar umah amik ain. Sampai area masjid tanah aku singgah kedai beli sangkar burung. Sbb bapak aku pesan burung merbok. Nak pelihara. So aku pun menurut perintah jek. Kat umah tunang aku dah menunggu 4 ekor burung. 2 ekor merbok, 1 ekor punai dan 1 ekor merbah. Pastuh aku pun masuk kete gerak balik n singgah kebun bakal ayah mertua aku. Kat situ dia tambah lagi burung punai. Jd laaa 4 ekor semua jek burung punai. Dorang suruh cover sangkar tu sbb salah tangkap punai. Hehehe. Aku pun menurut perintah jek.
Sampai kat kl. Aku terus amik pisau sambil dibantu oleh Popo. Aku sembelih 5 ekor. 4 ekor burung punai dan sekor burung merbah. Burung merbah tu ketip2 jari plak. Sakit weh. Selesai proses semua. Masa untuk cabut bulu plak. Cabut bulu masa badan burung tu suam-suam. Lepas tu masak gulai lomak. Hehehe. Tp aku rasa waktu sahur jek. Sbb aku berbuka kat luar. Sibuk mencari pakaian raya. Hehe. Ok laaa lagi setengah jam nak balik. Arini aku masuk 7.30-4.30 sbb td aku keluar awal. So aku decide nak masuk awal laa bulan nie. Ok laa daaa.